Antonio Rudiger menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika Chelsea menewaskan Tottenham 1-0 untuk mengesahkan tempat mereka ke final Piala EFL.

Skuad kendalian Thomas Tuchel selangkah ke final apabila menang aksi pertama 2-0 dan mereka melengkapkan tugas itu di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi tadi.

Tandukan Rudiger pada separuh masa pertama memberikan mereka lebihan tiga gol dan tiada jalan kembali untuk Spurs, yang mengharungi satu lagi malam yang mengecewakan apabila pengadil, Andre Marriner, membatalkan dua keputusan penalti, manakala VAR juga menolak apa yang akan berlaku menjadi gol ke-250 Harry Kane di peringkat kelab.


Chelsea akan mencari trofi kedua di bawah kendalian Tuchel apabila mereka menentang Arsenal atau Liverpool pada perlawanan akhir pada 27 Februari.