Piala EFL: James bawa Chelsea ke pusingan keempat

Muzaffar Musa
September 23, 2021 01:32 MYT
CHELSEA 1 ASTON VILLA 1
(Chelsea mara selepas menang penentuan penalti 4-3)
Reece James muncul wira Chelsea menewaskan Aston Villa 4-3 dalam penentuan sepakan pealti selepas terikat 1-1 sepanjang waktu sebenar perlawanan pusingan ketiga Piala Liga Inggeris (EFL) di Stamford Bridge awal pagi tadi.
Ben Chilwell terlepas peluang untuk memastikan kemenangan pasukannya dalam penentuan itu selepas sepakan Ashley Young terkena palang dan Kepa Arrizabalaga menyelamatkan sepakan Marvelous Nakamba tetapi James tidak melakukan kesilapan sama dalam membawa Chelsea ke pusingan keempat.
Villa merupakan pasukan yang lebih menguasai permainan dalam babak pertama, namun Timo Werner meletakkan Chelsea di depan pada minit ke-54 menerusi gol pertamanya sepanjang musim ini dan hanya yang kelima sejak 2021.
10 minit kemudian, Cameron Archer -- yang menjaringkan hatrik ke atas Barrow dalam pusingan kedua -- menanduk masuk bola hantaran lintang Matty Cash ke penjuru kiri atas gawang Kepa untuk menyamakan kedudukan.
Kedua-dua pasukan gagal mencari gol penyamaan sehingga tamat 90 minit waktu sebenar tetapi sepakan terakhir James yang menerjah penjuru kiri atas gawang Villa memastikan pasukannya kekal bersaing dalam kejohanan itu.

The decisive kick! ? Reece is all of us rn. ? pic.twitter.com/JsJ2GPcatO

— Chelsea FC (@ChelseaFC) September 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Chelsea #Aston Villa #Piala EFL #Reece James