Stuart Pearce percaya Manchester City 'menghormati' West Ham dalam pertembungan Piala EFL ketika Hammers menangn 5-3 menerusi penalti selepas seri tanpa jaringan.

Guardiola melakukan sembilan bertukaran daripada skuad yang melakar kemenangan 4-1 ke atas Brighton and Hove Albion dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu lalu, tetapi masih menurunkan pemain seperti Riyad Mahrez, Raheem Sterling dan Kevin De Bruyne.

Bagaimanapun, West Ham mengecewakan penyandang juara empat kali berturut-turut itu dan akhirnya menyingkirkan mereka dalam penentuan penalti, dengan Phil Foden satu-satunya pemain gagal menyempurnakan jaringan.

Jurulatih pasukan utama West Ham, Pearce percaya City menghormati pasukan yang menikmati kempen yang kuat setakat ini, menduduki tempat keempat dalam liga dan teratas kumpulan Liga Europa mereka, sambil berkata The Hammers berhak untuk mara ke suku akhir.

"Ini adalah pasukan Man City yang cemerlang, mereka datang dengan barisan yang sangat kuat," kata Pearce selepas perlawanan. “Mereka hadir ke dalam perlawanan menghormati lawan kerana mengetahui mereka akan menghadapi perlawanan yang sukar.

"Man City mendominasi permainan namun apa yang dipamerkan West Ham menyaksikan kami berhak untuk melangkah ke peringkat seterusnya."