Chelsea memerlukan penentuan penalti buat kali kedua selepas mereka mara ke suku akhir Piala EFL dengan kemenangan 4-3 ke atas Southampton selepas 1-1 di Stamford Bridge.

Reece James menjaringkang gol kemenangan penentuan penalti ketika bertemu Aston Villa dalam pusingan ketiga, dan pertahanan itu sekali lagi bertindak cemerlang awal pagi tadi.

Sekali lagi tanpa khidmat dua penyerang, Romelu Lukaku dan Timo Werner yang dihimpit kecederaan, Chelsea mendahului menerusi Kai Havertz, tetapi Southampton bangkit menerusi jaringan penyamaan Che Adams.

Kepa Arrizabalaga dan Fraser Forster masing-masing menafikan satu penalti dalam penentuan, namun kegagalan Will Smallbone terbukti menjadi pemisah selepas pemenang Piala EFL lima kali Chelsea memastikan kemaraan.