Piala Dunia Qatar: VAR kacau tumpuan Harry Kane -- Klinsmann

Shaiful Shamsudin
Disember 13, 2022 03:15 MYT
Kegagalan sepakan penalti Harry Kane dalam kekalahan England kepada Perancis mungkin telah dipengaruhi oleh semakan video bantuan pengadil (VAR) yang panjang, menurut Jurgen Klinsmann, yang berasakan The Three Lions mampu menikmati kejayaan lebih besar pada masa depan.
England terkandas dalam suku akhir Piala Dunia di Qatar kepada penyandang juara itu, kelmarin yang menyaksikan Kane melepaskan tendangan penalti pada minit ke-84 melewati palang gol selepas menyudahkan peluang serupa lebih awal.
Pengadil, Wilton Sampaio -- yang dikritik oleh beberapa pemain England selepas perlawanan itu -- pada mulanya tidak terpengaruh dengan tolakan Theo Hernandez ke atas Mason Mount sebelum menghadiahkan sepakan penalti kedua buat England selepas mengambil sedikit masa untuk menilainya menerusi VAR.
Bercakap dalam peranannya sebagai sebahagian daripada Kumpulan Kajian Teknikal Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), awal pagi tadi, bekas penyerang Tottenham itu menyalahkan masa yang panjang untuk VAR telah menjejaskan Kane.
"Bermula sejak pengadil meniupkan wisel sepakan penalti hinggalah Kane dibenarkan untuk menendangnya, terlalu banyak masa berlalu dan ia boleh berlegar-legar di dalam fikiran anda," kata Klinsmann.

Absolutely gutted. We’ve given it everything and it’s come down to a small detail which I take responsibility for. There’s no hiding from it, it hurts and it’ll take some time to get over it but that’s part of sport. pic.twitter.com/lw5Esl4fnA

— Harry Kane (@HKane) December 11, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya merupakan peminat tegar Harry Kane dan jika Harry mempunyai peluang untuk meletakkan bola dan merembat, ia bukan satu masalah besar.
“Tetapi keseluruhan ia dipengaruhi VAR, semakan semula bagi mengesahkan sepakan penalti itu membuatkan masa berlalu terlalu panjang.
"Kemudian pemain akan mula memikirkan sesuatu sampai ke tahap dia tidak dapat melaksanakan sepakan penalti seperti yang dirancang sebaik tendangan itu dibenarkan."
#Harry Kane #VAR #Jurgen Klinsmann #Piala Dunia Qatar