Piala Dunia Qatar: Perancis pamer mentaliti juara 2018 -- laung Olivier Giroud

Shaiful Shamsudin
Disember 11, 2022 03:16 MYT
Olivier Giroud membandingkan kemenangan getir Perancis ke atas England dalam suku akhir Piala Dunia 2022 ibarat ulangan kemenangan separuh akhir bertemu Belgium, empat tahun lalu.
Perancis mengatasi The Three Lions 2-1 di Stadium Al Bayt awal pagi tadi dengan lencongan tandukan kemenangan penyerang Milan itu.
Aurelien Tchouameni terlebih dahulu meletakkan juara dunia itu di hadapan tetapi England segera bertindak balas dengan menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Harry Kane.
Pasukan kendalian Gareth Southgate itu berpeluang untuk mengimbangi kedudukan buat kali kedua selepas jaringan Giroud berkenaan, tetapi sepakan penalti kedua Kane tersebut tersasar melepasi palang.
Kemenangan itu membolehkan Perancis menempah tiket separuh akhir bertemu kuda hitam kejohanan, Maghribi, dan pasukan bimbingan Didier Deschamps tersebut turut dicanang sebagai calon untuk mempertahankan trofi berkenaan.
Tetapi aksi bertemu England membuktikan betapa sukarnya untuk memenangi Piala Dunia, lantas Giroud mengingatkan kejayaan mengatasi Belgium 1-0 di Russia.
“Perlawanan malam ini mengingatkan aksi menentang Belgium pada 2018,” kata Giroud dalam sidang akhbar.

-8 - France fired 8 fewer shots than England (8 attempted, 16 faced), their highest differential in a major tournament win (World Cup + EURO) since Opta began analyzing these competitions (1966). Resilience. #ENGFRA pic.twitter.com/WwvEDshiAj

— OptaJean (@OptaJean) December 10, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kami berjuang habis-habisan.
“Mereka bangkit dalam perlawanan, mereka beroleh keyakinan tetapi kami menunjukkan bahawa kami mampu mengancam dalam serangan balas.
"Kami agak bernasib baik kerana Kane gagal dalam sepakan penaltinya tetapi kami juga telah mencurahkan yang terbaik dan berjuang bermati-matian.
"Ia mengingatkan saya kepada mentaliti 2018. Kumpulan ini memang berhak untuk capai (ke tahap ini)."
#Olivier Giroud #Perancis #Piala Dunia Qatar