Rafael van der Vaart tanpa berselindung mengecam prestasi Harry Maguire dan Niklas Sule dalam sebuah wawancara.

Jerman terkandas di peringkat kumpulan Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut, awal pagi tadi, sekalipun bangkit membenam Costa Rica 4-2, tetapi ia sudah tidak membawa sebarang makna berikutan kemenangan mengejut Jepun ke atas Sepanyol untuk menguasai Kumpulan E.

Van der Vaart berkata di TV Belanda: 'Jerman mempunyai masalah di bahagian benteng.



"Sule bukan bertaraf dunia. Dia adalah Harry Maguire dari Jerman."

Namun, pandangan bekas tonggak Tottenham dan Belanda itu diselar penyokong England yang berpendapat prestasi Maguire sama sekali berbeza ketika di peringkat antarabangsa dan kelabnya.

Pemain Manchester United itu menjadi nadi pertahanan England sepanjang bergandingan dengan John Stone apabila dibolosi dua gol -- dalam kemenangan 6-2 ke atas Iran -- sekali gus memacu tiket The Three Lions bertemu Senegal dalam pusingan 16, awal pagi Isnin ini.