Piala Dunia Qatar: Lucas Hernandez selesai bedah lutut

Shaiful Shamsudin
November 25, 2022 02:16 MYT
Lucas Hernandez selesai menjalani pembedahan lutut -- ligamen anterior cruciate (ACL) -- selepas memainkan peranan kecil dalam kemenangan 4-1 Perancis ke atas Australia dalam Piala Dunia di Qatar, semalam.
Majikan Hernandez, Bayern Munich, mengesahkan pertahanan itu selesai menjalani pembedahan di Innsbruck, dan tempoh pemulihannya akan bermula di Munich dalam masa beberapa hari lagi.
Hernandez terpaksa melupakan baki saingan Piala Dunia ekoran kecederaan yang menyaksikannya terpaksa digantikan selepas hanya 13 minit di atas padang.
Bayern belum dapat menawarkan jangka masa pemulihan Hernandez tetapi dijangka dia akan terlepas baki musim 2022-23.
Ketiadaan Hernandez itu merupakan satu lagi tamparan terhadap krisis kecederaan selepas Paul Pogba, N'Golo Kante, Karim Benzema dan Christopher Nkunku terpaksa digugurkan sebelum sepak mula kejohanan.

ℹ️ @LucasHernandez has undergone successful knee surgery. Wishing you a speedy recovery, Lucas! ?#MiaSanMia

— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) November 24, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps, berkata selepas perlawanan semalam: "Seperti keseluruhan kumpulan, pemain dan kakitangan, saya bersimpati dengan Lucas.
"Kami kehilangan elemen penting. Lucas adalah seorang pahlawan dan saya tidak ragu-ragu bahawa dia akan melakukan segala yang terhadap demi kembali ke pangkuan skuad.
"Saya mengenalinya dengan baik. Dia bersemangat waja, itu sudah pasti. Bagi pihak kumpulan pula, saya mendoakan kesembuhannya sebaik mungkin.
#Lucas Hernandez #Piala Dunia Qatar