Piala Dunia Qatar: Jerman jelaskan sebab tiada wakil pemain dalam sidang media

Shaiful Shamsudin
November 26, 2022 23:46 MYT
Hansi Flick dengan tegas menolak tanggapan bahawa Jerman tewas kepada Jepun ketika membuka kempen Piala Dunia di Qatar berikutan terganggu dengan kontroversi kempen OneLove.
Jerman merupakan antara beberapa pasukan Eropah yang merancang untuk meminta ketua pasukan masing-masing memakai lilitan OneLove sebagai simbolik diskriminasi dan pencabulan hak asasi manusia oleh tuan rumah, Qatar, di mana homoseksualiti merupakan satu jenayah.
Sebagai tindak balas, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengancam untuk mengenakan sekatan sukan kepada pasukan yang terlibat, lantas pasukan-pasukan itu menarik balik hajat mereka mereka untuk memakai lilitan lengan.
Jerman berasakan FIFA cuba "mendiamkan" mereka, lalu mereka bertindak balas dengan menekup tangan di mulut ketika tradisi gambar berpasukan sebelum sepak mula dengan Jepun.
Sebaik tewas kepada Samurai Blue, beberapa pengkritik cuba mengaitkan kekalahan Die Mannschaft itu ada kena mengena dengan pendirian moral mereka.
Apabila Flick ditanya adakah benar menjelang pertembungan getir dengan Sepanyol, awal pagi esok, dia berkata: "Tidak. Tidak sama sekali."
Dalam masa sama, Flick hanya berseorangan ketika menghadiri sidang akhbar pra-perlawanan itu malam tadi biarpun setiap pasukan diarahkan untuk menghadiri sesi berkenaan sekurang-kurangnya dengan ketua jurulatih dan seorang pemain.
Mereka boleh didenda jika gagal mematuhi peraturan tersebut.
Bagaimanapun, skuad Jerman yang berpangkalan di bahagian utara negara itu untuk berada berhampiran Al Ruwais, ini bermakna mana-mana pemain yang menghadiri sidang akhbar akan terlepas sesi latihan selama tiga jam.

Wir wollten mit unserer Kapitänsbinde ein Zeichen setzen für Werte, die wir in der Nationalmannschaft leben: Vielfalt und gegenseitiger Respekt. Gemeinsam mit anderen Nationen laut sein. Es geht dabei nicht um eine politische Botschaft: Menschenrechte sind nicht verhandelbar. 1/2 pic.twitter.com/v9ngfv0ShW

— DFB-Team (@DFB_Team) November 23, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Memandangkan pertembungan ini sangat penting, Flick tidak mahu menjejaskan persiapan pasukan walaupun ia bermakna Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) boleh dikenakan denda.
"Saya datang bersendirian ke sidang media ini kerana kami tidak mahu mana-mana pemain menghabiskan masa hampir tiga jam dalam perjalanan. Kami tidak menjangka mana-mana pemain akan menaiki kenderaan begitu lama. Ia adalah satu pemanduan yang jauh," katanya.
"Ia adalah perlawanan yang sangat penting, jadi semua orang, kesemua 26 pemain adalah penting (untuk berlatih), sebab itu kami tidak mahu membawa seorang pemain pun bersama kami. Mereka harus bersedia untuk latihan.
"Saya fikir kalau boleh kami dapat menjalankan (sidang akhbar) di pusat media kami juga, itu benar-benar bagus, ia lebih baik. Tetapi kami perlu akur."
#Jerman #Piala Dunia Qatar