Piala Dunia Qatar: Iran cabar Klinsmann lepaskan jawatan FIFA

Shaiful Shamsudin
November 27, 2022 00:24 MYT
Carlos Queiroz menuntut Jurgen Klinsmann supaya meletakkan jawatannya dalam Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas membuat beberapa tuduhan mengenai pasukan Iran dalam kempen Piala Dunia di Qatar.
Justeru, jaguh Asia itu melabelkan komen bekas penyerang Jerman itu sebagai "memalukan".
Ketua jurulatih Iran, Queiroz, bertindak balas selepas pasukannya dituduh oleh Klinsmann kerana memberi "mempengaruhi pengadil" dalam kemenangan 2-0 ke atas Wales kelmarin.
Ketika sedang bertugas sebagai pakar bola sepak di BBC, Klinsmann percaya Iran mendekati pegawai perlawanan sambil memberi tekanan merupakan "sebahagian daripada budaya mereka".
Sebagai tindak balas, Queiroz mencadangkan "kenyataan keterlaluan" Klinsmann yang berpangkalan di California itu berpunca daripada latar belakangnya yang mempunyai kaitan dengan Amerika Syarikat (AS)-Jerman.
Beliau berkata Klinsmann harus melawat kem latihan Iran untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pasukan itu, tetapi terlebih dahulu perlu berundur daripada kumpulan kajian teknikal Piala Dunia FIFA.

Dear Jurgen; You took the initiative to call me Carlos, so I believe it is proper to call you Jurgen. Right? Even not knowing me personally, you question my character with a typical prejudiced judgment of superiority. (...) pic.twitter.com/JAq0l7Yp6n

— Carlos Queiroz (@Carlos_Queiroz) November 26, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam ulasannya itu, Klinsmann berkata: "Ia budaya mereka, begitulah cara mereka melakukannya dan itulah sebabnya Carlos Queiroz dia sangat sesuai dengan Iran.
“Dia bergelut di Amerika Selatan dan gagal membantu Colombia untuk layak, kemudian dia juga gagal bersama Mesir dan dia kembali sejurus sebelum Piala Dunia untuk membimbing Iran, di mana dia pernah bertugas lama di sana.
"Ini bukanlah kebetulan. Ini hanya sebahagian daripada budaya mereka, begitulah cara mereka bermain. Mereka memberi tekanan kepada pengadil. Anda boleh lihat di bangku simpanan, mereka sentiasa melompat dan sentiasa beri tekanan kepada penjaga garisan dan pengadil keempat yang berada di tepi padang, mereka sentiasa menjerit.
"Ia adalah budaya mereka; mereka membuatkan anda hilang tumpuan dan apa yang penting bagi anda."
Queiroz membalas tanggapan juara Piala Dunia 1990 itu di Twitter: "Walaupun tidak mengenali saya secara peribadi, anda mempersoalkan watak saya dengan penilaian prejudis tipikal tentang keunggulan.
"Tidak kira betapa saya menghormati apa yang pernah anda capai di atas padang, kenyataan yang dibuat mengenai budaya Iran, pasukan kebangsaan Iran dan pemain saya adalah memalukan untuk bola sepak. Tiada siapa yang boleh menjejaskan integriti kami jika ia bukan di tahap kami.
“Walaupun berkata demikian, kami ingin menjemput anda sebagai tetamu kami, untuk melawat ke kem pasukan kebangsaan kami, beramah mesra dengan pemain Iran dan belajar daripada mereka tentang negara, rakyat Iran, penyair, seni, algebra dan semua budaya Parsi milenial.
"Malah, dengar pandangan pemain kami betapa mereka sangat menyayangi dan menghormati bola sepak. Sebagai orang Amerika/Jerman, kami memahami kami tidak akan mendapat sokongan anda. Tiada masalah.
"Dan walaupun kenyataan keterlaluan anda di BBC cuba menjejaskan usaha, pengorbanan dan kemahiran kami, kami berjanji kepada anda bahawa kami tidak akan mengeluarkan sebarang pertimbangan mengenai budaya, asal usul dan latar belakang anda.
"Anda akan sentiasa dialu-alukan ke dalam keluarga kami.
"Pada masa sama, kami ingin memberi perhatian penuh terhadap keputusan FIFA berhubung kedudukan anda sebagai ahli kumpulan kajian teknikal Qatar 2022.
"Kerana jelas sekali, kami mengharapkan anda meletakkan jawatan sebelum anda melawat kem kami."
#Iran #Piala Dunia Qatar