Piala Dunia Qatar: Hakimi mohon maaf kepada Infantino selepas konfrontasi dengan presiden FIFA

Ammar Hakim
Disember 18, 2022 21:12 MYT
Achraf Hakimi telah memohon maaf kepada Gianni Infantino berikutan konfrontasinya dengan presiden FIFA itu.
Pertahanan Maghribi itu dilaporkan mempersoalkan Infantino mengenai tahap pengadilan di pentas Piala Dunia berikutan kekalahan Atlas Lions kepada Croatia dalam penentuan tempat ketiga.
Skuad kendalian Walid Regragui dinafikan penalti menentang naib juara 2018 apabila tandukan Youssef En-Nesyri terkena Bruno Petkovic, manakala cabaran Ibrahima Konate ke atas Sofiane Boufal juga tidak dihukum dalam kekalahan separuh akhir kepada Perancis.
Hakimi, yang turut berdepan dengan pengadil, Abdulrahman Al-Jassim, sejak itu menyatakan kekesalan terhadap insiden itu, dengan pemain pertahanan Paris Saint-Germain itu mengakui kekecewaannya telah memuncak.

شكرا يا أسود الأطلس شرفتمونا أفضل تشريف وصنعتم التاريخ في قطر Thank you for giving it all, thank you for MAKING US PROUD, thank you for making HISTORY ♥️?? pic.twitter.com/9AIxIB1izA

— Équipe du Maroc (@EnMaroc) December 17, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Tiada apa-apa yang berlaku," katanya. "Saya marah selepas tamat perlawanan. Saya pergi bercakap dengannya, dan saya memohon maaf atas kata-kata yang saya luahkan kepadanya. Dia kawan saya dan saya sangat menghormatinya, jadi tiada apa yang berlaku."
Maghribi menjadi negara Afrika pertama yang mara ke separuh akhir Piala Dunia, setelah mengungguli Kumpulan F mengatasi Belgium dari Croatia, sebelum mengatasi Sepanyol dan Portugal masing-masing dalam pusingan 16 dan suku akhir.
#Croatia #Maghribi #Achraf Hakimi #Piala Dunia Qatar