Piala Dunia Qatar: Guardiola tolak peluang kendali Brazil

Shaiful Shamsudin
Disember 12, 2022 03:19 MYT
Ronaldo mendedahkan Brazil cuba menawarkan Pep Guardiola untuk menjadi ketua jurulatih baharu mereka sebelum pengurus Manchester City itu memperbaharui kontraknya dengan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.
Brazil dalam pembentukan skuad baru selepas era Tite -- yang membimbing mereka ke suku akhir Piala Dunia sebelum mengalami kekecewaan penentuan sepakan penalti menentang Croatia, kelmarin -- berakhir.
Ketua jurulatih berusia 61 tahun itu sejak Februari lalu lagi sudah mengumumkan bahawa dia akan mengosongkan jawatannya tanpa mengira nasib juara lima kali berkenaan di Qatar.

13 - Brazil were the 13th side to go 1-0 up in extra-time of a World Cup knockout stage match, but the first of those 13 to be eliminated. Unlucky. pic.twitter.com/93rNHxzUdv

— OptaJoe (@OptaJoe) December 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penyerang legenda skuad Samba, Ronaldo, berkata Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) pernah berunding dengan bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich itu yang sebaliknya memilih untuk melanjutkan tempohnya di Stadium Etihad sehingga 2025.
"Memang kami meminati Guardiola; ia telah dibincangkan dengan barisan kakitangan kejurulatihan Guardiola, tetapi dia lebih senang untuk memperbaharui kontraknya dengan City," kata pemenang Piala Dunia 2002 itu di saluran YouTube.
"Mungkin sukar buat CBF mencapai persetujuan; dia adalah jurulatih dengan bayaran tertinggi di dunia."
#Pep Guardiola #Brazil #Piala Dunia Qatar