Piala Dunia Qatar: Gol kemenangan Jepun terlalu mudah -- Gundogan ratapi kekalahan Jerman

Ammar Hakim
November 23, 2022 22:55 MYT
Gol kemenangan Jepun dalam kemenangan mengejut ke atas Jerman merupakan antara gol yang paling mudah dihasilkan dalam saingan Piala Dunia, menurut Ilkay Gundogan.
Gundogan kelihatan meletakkan Jerman di landasan terbaik untuk kemenangan apabila menyempurnakan sepakan penalti, namun Jepun bangkit dengan penuh bergaya di separuh masa kedua menerusi dua penyerang kelab Bundesliga.
Pemain Freiburg, Ritsu Doan, menyamakan kedudukan selepas Manuel Neuer menampan keluar hantaran silang Takumi Minamino, sebelum pemain sayap Bochum, Takuma Asano, menghadirkan kegembiraan buat penyokong Jepun dengan jaringan kemenangan.
Gol yang dihasilkan Asano hadir hasil kesilapan Niklas Sule, yang membenarkan pemain berusia 28 tahun itu tidak terperangkap dengan ofsaid, dan Gundogan tidak dapat mengingati jaringan yang lebih mudah dihasilkan di Piala Dunia.
"Kami menjadikannya terlalu mudah untuk Jepun, terutamanya dengan gol kedua. Saya tidak tahu sama ada gol lebih mudah pernah dijaringkan pada Piala Dunia," kata Gundogan.
"Ia tidak boleh berlaku. Ini adalah Piala Dunia. Kami menguasai permainan untuk sebahagian besar, Manu [Neuer] menyelamatkan kami sekali pada separuh masa kedua. Itulah sebabnya kami meletakkan harapan kepadanya.
"Kami mempunyai peluang yang luar biasa ketika menyerang, tetapi kami tidak menjaringkan gol kedua. Bagaimana gol tercipta adalah terlalu mudah.

3.3 - Germany lost 1-2 to Japan despite a tally of 3.3 Expected Goals - since Opta collects this data (1966 onwards), no team has ever lost a World Cup match with such a high xG value. Wasteful. #GERJPN #FIFAWorldCup pic.twitter.com/eGpBO0hFU7

— OptaFranz (@OptaFranz) November 23, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Terdapat sedikit kekurangan keyakinan bahawa kami boleh mengawal bola dan bergerak.
"Kami bergantung hantaran jauh pada separuh masa kedua dan gerakan pendek yang kami mainkan membenarkan Jepun selesa ketika bertahan. Anda rasa seperti tidak semua orang mahukan bola."
#Jepun #Piala Dunia #Jerman #Ilkay Gundogan #Piala Dunia Qatar