Piala Dunia Qatar: Deschamps simpati dengan nasib Benzema

Muzaffar Musa
November 20, 2022 03:28 MYT
Didier Deschamps berjanji Perancis akan terus mempamerkan aksi terbaik dalam Piala Dunia Qatar 2022 walaupun Karim Benzema tidak dapat menyertai kejohanan terbesar itu.
Kesakitan di quadriceps paha kirinya menyaksikan pemenang Anugerah Ballon d'Or dari Real Madrid itu tidak akan dapat memainkan peranannya di Qatar.
Benzema, yang tidak terlibat ketika Les Bleus muncul juara dunia dalam edisi di Russia pada 2018, berharap dapat memainkan peranan penting dalam membantu negaranya mempertahankan kejuaraan berkenaan.
Bagaimanapun, dia bergelut untuk mendapatkan tahap kecergasan terbaik selepas kecederaan yang dialaminya sewaktu bersama Madrid dan sesi latihan semalam merupakan yang pertama disertainya bersama skuad kebangsaan Perancis.
Pemain berusia 34 tahun itu tidak dapat menghabiskan sesi berkenaan kerana kesakitan yang dialaminya berikutan kecederaan berulang.
Benzema kemudian menjalani imbasan di Hospital Doha dan Persekutuan Bolasepak Perancis kemudian mengesahkan bahawa dia memerlukan tempoh tiga minggu untuk pulih sepenuhnya, sekali gus terpaksa digugurkan untuk Deschamps memilih pengganti.

Karim @Benzema has pulled out of the World Cup with a thigh injury. The whole team shares Karim's disappointment and wishes him a speedy recovery?#FiersdetreBleus pic.twitter.com/fclx9pFkGz

— French Team ⭐⭐ (@FrenchTeam) November 19, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Deshamps berkata: "Saya amat bersimpati dengan Karim, yang menjadikan Piala Dunia ini sebagai objektif utamanya.
"Di sebalik tamparan terbaru ini, saya masih yakin dengan skuad yang saya miliki.
"Kami akan melakukan segala-galanya bagi menghadapi cabaran besar yang sedang menanti kami," katanya.
#bola sepak #Karim Benzema #Didier Deschamps #Perancis #Piala Dunia Qatar