Selepas beberapa tahun berdepan kesukaran di Barcelona dan kembali ke Atletico dan jurulatih Perancis, Didier Deschamps, sebaliknya langsung tidak terkejut dengan prestasi Antoine Griezmann.

Tatkala Kylian Mbappe dan Olivier Giroud saling menjadi tajuk utama, Griezmann pula merupakan kunci kepada kemaraan mereka biarpun diletakkan di posisi baharu dan secara asasnya di bahagian tengah.

Dia mencipta 17 umpanan berbahaya dan tiga daripada berjaya disudahkan termasuk dua jaringan ketika menyekat England dalam suku akhir, seterusnya bakal berdepan Maghribi awal pagi esok bagi merebut slot final.

"Ya, dia sedang mengharungi kejohanan yang hebat tetapi kami memerlukannya beraksi baik," kata Deschamps kepada pemberita dalam sidang media pra-perlawanan malam tadi.





"Dia merupakan seorang pemain yang mampu mengubah nasib pasukan kerana dia bekerja keras dan sangat berbakat daripada segi teknikal. Dia memainkan peranan yang sedikit berbeza dalam Piala Dunia kali ini, tetapi ia sangat sesuai buatnya.

"Dia gemar bertahan, sama seperti menyerang dan menjadi perancang. Sudah tentu, tanggungjawab utamanya bukanlah memenangi bola; kaki kirinya sangat menawan dan dia mampu mencipta peluang untuk orang lain.

"Dia seorang yang sentiasa memikirkan keutamaan pasukan. Dia sangat bekerja keras, mungkin lebih daripada rakan sepasukannya.

"Dia sudah menjadi pemain elit selama 10 tahun. Sudah tentu dia pernah melalui fasa yang mencabar seperti mana-mana pemain, tetapi dia sangat kuat daripada segi mental.

"Seperti semua pemain bertaraf dunia, dia berada di tahap terbaik dalam perlawanan terpenting."