Piala Dunia Qatar: Chelsea sahkan N'Golo Kante terlepas pertahan kejuaraan Perancis

Shaiful Shamsudin
Oktober 19, 2022 00:28 MYT
N'Golo Kante sah terlepas kempen Perancis dalam Piala Dunia Qatar, hujung bulan depan, berikutan pembedahan hamstring yang dijalaninya, menurut Chelsea.
Kante mengalami kecederaan berkenaan ketika Chelsea seri 2-2 dengan Tottenham di tempat sendiri pada Ogos lalu, secara tidak langsung sejak itu tersisih untuk mewakili kelab mahupun negara.
Chelsea kini mengesahkan Kante tidak akan memainkan peranan dalam mempertahankan mahkota Piala Dunia yang menyaksikan Perancis membuka saingan peringkat kumpulan menentang Australia pada 22 November.
Dalam satu kenyataan di laman sesawang kelab itu, Les Bleus berkata: "N'Golo Kante telah menjalani pembedahan terhadap kecederaan hamstringnya.
"Pemain tengah itu melawat pakar di jabatan perubatan kelab untuk mengenal pasti pilihan pemulihannya sebelum N'Golo bersetuju menjalani pembedahan bagi mengatasi masalah berkenaan daripada berlarutan.

Speedy recovery, all with you @nglkante. ? pic.twitter.com/5TtXiwRBRX

— Chelsea FC (@ChelseaFC) October 18, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Berikutan proses pembedahan ini, N'Golo dijangka diketepikan selama empat bulan."
Kante merupakan tunjang pasukan Perancis yang memenangi Piala Dunia 2018 apabila dipertaruhkan dalam ketujuh-tujuh perlawanan ketika Les Bleus menjulang trofi berprestij itu buat kali kedua.
Sebelum ini, rakan sepasukan Kante di Chelsea, Reece James, turut bergelut dengan masa untuk menyertai skuad England ke kejohanan itu akibat kecederaan lutut ketika menentang Milan.
#Chelsea #N'Golo Kante #Piala Dunia Qatar