Piala Dunia Qatar: Benzema lakukan segala-galanya untuk cergas 100 peratus -- Deschamps

Ammar Hakim
November 10, 2022 03:22 MYT
Karim Benzema akan melakukan segala yang dia mampu untuk cergas 100 peratus untuk Piala Dunia Qatar selepas menyertai skuad Perancis untuk kejohanan itu di tengah musim yang dilanda kecederaan, kata Didier Deschamps.
Benzema memenangi Ballon d'Or pertamanya selepas membawa Real Madrid meraih kejayaan dalam LaLiga dan Liga Juara-Juara dengan menjaringkan 44 gol musim lalu, namun mengharungi kempen 2022-23 yang mengecewakan setakat ini.
Penyerang itu hanya memulakan 11 perlawanan dalam semua kejohanan musim ini, menjaringkan enam kali, dan pengendali Madrid, Carlo Ancelotti, berkata pemain berusia 34 tahun itu 'bergelut' Ahad llau selepas dia mengalami keletihan otot di kuadriceps kirinya.
Bagaimanapun, Benzema akan menyertai pemain seperti Kylian Mbappe, Antoine Griezmann dan Olivier Giroud antara pilihan serangan Perancis di Qatar, dan Deschamps berharap dia akan berada dalam keadaan terbaik.
"Benzema mengalami beberapa kecederaan ringan, tetapi dia tahu bahawa Piala Dunia adalah detik yang sangat penting," kata Deschamps selepas mendedahkan skuad 25 pemainnya semalam.
"Dia akan melakukan segala-galanya, seperti keseluruhan kumpulan, untuk menjadi 100 peratus."

??? ???? of 2️⃣5️⃣ Bleus selected for ??? ????? ??? ?#FiersdetreBleus pic.twitter.com/eF1rEyjNFW

— French Team ⭐⭐ (@FrenchTeam) November 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pertahanan Manchester United, Raphael Varane, turut tersenarai walaupun mengalami kecederaan ketika seri dengan Chelsea bulan lalu, dan Deschamps optimis dengan peluangnya berdepan Australia dalam aksi pembukaan Kumpulan D 22 November ini.
"Presnel [Kimpembe] memiliki kecederaan ringan tetapi akan turun dalam aksi terakhir liga Ahad ini," tambah Deschamps.
"Bagi Varane, ia adalah kecederaan yang lebih lama, tetapi dia akan bersedia untuk perlawanan pertama menentang Australia, jika semuanya berjalan lancar."
Juara bertahan itu akan ke Qatar dengan tanpa barisan pemain tengah selepas Paul Pogba dan N'Golo Kante, manakala bek kiri, Ferland Mendy dam Lucas Digne, termasuk penjaga gol Milan, Mike Maignan -- mengalami kecederaan sejak September -- antara yang tidak tersenarai.
Perancis bakal diketuai penjaga gol Tottenham, Hugo Lloris di Qatar, yang bakal membuat penampilan kali keempat dalam saingan Piala Dunia menyamai rekod kebangsaan yang dilakukan oleh Thierry Henry (1998, 2002, 2006 dan 2010).

2 - Lucas and Theo Hernandez are the second siblings to participate in a World Cup for Les Bleus, 92 years after Jean and Lucien Laurent. Family. pic.twitter.com/IBnfOoTjvY

— OptaJean (@OptaJean) November 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Karim Benzema #Didier Deschamps #Paul Pogba #Antoine Griezmann #Olivier Giroud #N'Golo Kante #Kylian Mbappe #Perancis #Piala Dunia Qatar