Piala Dunia Kelab ditetapkan awal 2022

Shaiful Shamsudin
Oktober 21, 2021 03:18 MYT
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan Piala Dunia Kelab akan diadakan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada awal 2022.
Kejohanan tahunan yang menampilkan juara enam konfederasi itu di samping sebuah kelab tuan rumah dijadualkan berlangsung di Jepun pada 2021.
Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) sudah bersedia untuk melancarkan kejohanan itu buat pertama kalinya dalam tempoh lima tahun, tetapi peningkatan kes COVID-19 di negara berkenaan menimbulkan persoalan apakah penganjurannya mampu membawa kepada pulangan yang menguntungkan.
JFA kemudian menarik diri selepas berbincang dengan badan induk dunia itu pada bulan lalu sebelum Presiden FIFA, Gianni Infantino, mengumumkan UAE -- yang empat kali pernah mengadakan kejohanan berkenaan -- akan bertindak sebagai tuan rumah.

?????? @FCBayern's 6th trophy in 9 months ? @TigresOficial becoming the 1st @Concacaf team to reach the final ? @AlAhly earning their best finish on the global stage since 2006 ?? The #ClubWC Qatar 2020 was a tournament to rememberhttps://t.co/CIpX6bZ41l pic.twitter.com/7aVTHVqP1x

— FIFA.com (@FIFAcom) February 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tarikh tepat Piala Dunia Kelab itu masih belum diperincikan biarpun FIFA menjamin jaguh Liga Juara-Juara (UCL), Chelsea, juga akan membuat penampilan.
Skuad kendalian Thomas Tuchel itu akan berdepan kelab Mesir, Al Ahly, dan Auckland City dari New Zealand.
Pada 2020, FIFA memilih Jepun sebagai tuan rumah untuk kejohanan kelab itu walaupun yang awalnya China dinamakan sebagai venue pada Jun 2021 yang kemudian ditangguhkan berikutan COVID-19 melanda dunia.
#FIFA #Piala Dunia Kelab