BAYERN 2 AL AHLY 0

Bayern Munich mengorak langkah ke perlawanan akhir Piala Dunia Kelab hasil kemenangan 2-0 ke atas Al Ahly yang menyaksikan Robert Lewandowski menjadi nadi pasukannya.


Juara Jerman dan Eropah itu tidak tampil begitu hebat tetapi selesa mengawal tempo permainan dan ia ternyata sudah memadai untuk mereka mengintai kejyaaan dalam kejohanan berkenaan buat kali kedua.

Bayern mendominasi separuh masa pertama sejak awal permainan tetapi hanya mampu mendahului 1-0 pada waktu rehat apabila Lewandowski mencetak jaringan ke-28 musim ini, namun Al Ahly memperkemaskan permainan sebaik perlawanan bersambung.

Bagaimanapun, wakil Mesir itu tidak mempunyai kualiti untuk menggugat Bayern sebelum gol kedua Lewandowski menyusul pada lewat permainan.

Hansi Flick akan mengemudi anak buahnya ke satu lagi pentas final -- selepas dia meraih enam gelaran dalam 68 perlawanan -- untuk bertemu Tigres dari Mexico.



Bayern tidak memerlukan waktu yang lama untuk menguasai permainan apabila Serge Gnabry menyambut umpanan silang Kinglsey Coman sebelum mengumpan kepada Lewandowski yang dengan tenang menyudahkan peluang itu pada minit ke-17.

Gergasi Bundesliga itu seharusnya mengukuhkan kedudukan mereka dalam baki separuh masa pertama, tetapi mereka mensia-siakan usaha -- rembatan Marc Roca meliar termasuk sepakan tepat ke dakapan Mohamed El-Shenawy dalam jarak dua minit sebelum Alphonso Davies melepaskan percubaan dengan kaki kanannya yang melepasi tiang gol sebelum waktu rehat.



Ah Ahly lebih berbahaya di peringkat awal babak seterusnya tetapi hampir terjerat dengan gol kedua daripada Thomas Muller.

Bayern mula meningkatkan tekanan menuju akhir perlawanan apabila memaksa Ayman Ashraf hampir meletakkan bola ke gawang sendiri selain usaha jarak jauh daripada Eric-Maxim Choupo-Moting dan Corentin Tolisso.

Walaupun gol penyamaan Al Ahly hampir tidak menjadi kenyataan, Bayern kemudian memuktamadkan kemenangan mereka dalam baki lima minit permainan selepas hantaran silang Leroy Sane dari sebelah kanan berjaya disempurnakan Lewandowski dengan tandukan.