Piala Dunia Kelab: Al Ahly jumpa Real Madrid, Flamengo jadi halangan Al Hilal

Shaiful Shamsudin
Februari 5, 2023 04:43 MYT
Real Madrid menantikan cabaran Al Ahly dalam separuh akhir Piala Dunia Kelab selepas kelab Mesir itu mengesahkan kemenangan lewat ke atas Seattle Sounders, awal pagi tadi.
Jaringan tunggal Mohamed Afsha pada minit ke-88 menjadi jurang perlawanan untuk Al Ahly melolosi pertembungan suku akhir yang sengit itu di Maghribi.
Sehubungan itu, pasukan kendalian Marcel Koller tersebut akanmenghadapi juara bertahan Sepanyol dan Eropah, Madrid, Khamis ini di Rabat.
Pengurus Sounders, Brian Schmetzer, percaya tidak banyak yang perbezaan di antara kedua-dua pasukan sebelum harapan wakil Liga Bola Sepak Utama itu dimusnahkan menuju minit akhir permainan.
“Saya fikir kami beraksi bagus dan saya fikir kami setanding,” katanya.

Mohamed Afsha = @AlAhly's man of the moment ⭐️ pic.twitter.com/cKGbLKSp9I

— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) February 4, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kami beroleh beberapa peluang tetapi ia tepat ke sasaran.
"Pemain telah mencurahkan segala kudrat dalam permainan ini dan segala-galanya ketika pra-musim."
Kelab Arab Saudi, Al Hilal, menewaskan wakil Maghribi, Wydad Casablanca, menerusi penentuan sepakan penalti dalam satu lagi pertembungan suku akhir selepas seri 1-1.
Al Hilal akan menentang juara Amerika Selatan, Flamengo, Rabu ini bagi mengintai kemaraan ke final.
#Real Madrid #Flamengo #Al Hilal #Al Ahly #Piala Dunia Kelab