Beberapa persoalan timbul berhubung hasrat Malaysia untuk menjadi tuan rumah bersama negara-negara ASEAN dalam membida hak penganjuran Piala Dunia 2034.

Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah berunding dengan pihak China, yang berminat menganjurkan edisi 2030, supaya memberi laluan kepada ASEAN.

China semakin hampir untuk memenangi hak itu dan kalau ia berlaku, adalah mustahil untuk benua Asia menganjurkannya dalam masa terdekat.

Kerajaan Malaysia sudah pun bersetuju untuk melancarkan bidaan tetapi terlebih dahulu, harus mengambil kira pendirian sebelum ini yang tidak membenarkan mana-mana atlet dan pegawai Israel untuk memasuki negara ini.

Januari lalu, Malaysia tidak membenarkan pegawai dan perenang dari Israel memasuki Malaysia untuk menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Sarawak, bulan depan, yang mendorong Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) untuk melucutkan hak penganjuran.

Ikuti perkembangan selanjutnya dalam Nadi Arena hari ini.