Qatar hanya akan membenarkan individu yang diberikan vaksin Covid-19 sepenuhnya untuk menghadiri Piala Dunia FIFA tahun depan dan sedang dalam perbincangan untuk mendapatkan satu juta dos sekiranya usaha imunisasi global tertunda, kata perdana menteri negara itu.

Negara arab itu menjadi tuan rumah kejohanan yang berlangsung selama empat minggu pada November 2022 dan presiden badan bola sepak global FIFA telah mengatakan bahawa perlawanan akan diadakan dalam stadium penuh.

Perdana Menteri, Sheikh Khalid bin Khalifa bin Abdulaziz Al-Thani, berkata newspapers bahawa sementara kebanyakan negara diharapkan telah memberikan vaksinasi kepada warganegara mereka, Qatar masih mengambil langkah-langkah keselamatan untuk memastikan penganjuran saingan itu berjaya.

"Kami sedang berunding bagi menyediakan satu juta dos vaksin Covid-19 untuk mengimunisasi dan memberikan vaksinasi kepada beberapa individu yang datang ke Qatar, "katanya.

Tidak jelas bagaimana vaksin tersebut akan ditawarkan. Sebilangan besar vaksin coronavirus memerlukan dua dos.

Pegawai Qatar sebelum ini mengatakan mereka berharap dapat mengadakan kejohanan bebas koronavirus dan berancang untuk menyediakan vaksinasi kepada penonyon yang belum diimunisasi.

Qatar berikan warganegara dan penduduknya dengan vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna. ISekurang-kurangnya 2.8 juta dos telah diberikan, cukup untuk sekitar 50.8 peratus penduduknya, menurut Reuters.

Sheikh Khalid berkata Piala Arab 2021, di mana Doha bertindak sebagai tuan rumah Disember ini, akan mencerminkan kesediaan Qatar untuk mengadakan kejohanan besar.

Dia berkata sebilangan besar stadium telah disiapkan dan kerja diteruskan bagi tiga lagi stadium termasuk Stadium Lusail, yang akan menjadi tuan rumah perlawanan akhir Piala Dunia 2022 dan kini 90 peratus selesai.