Selangor FC membawa bekalan tipis aksi final Piala Belia 2022 selepas berjaya menewaskan Sri Pahang FC 1-0 hasil jaringan tunggal yang disumbangkan Harry Danish Haizon pada minit ke-54.

Bagi pengendali Selangor FC, Firdaus Aziz, dia berpuas hati dengan persembahan anak buahnya meskipun terlepas beberapa peluang terhidang untuk mencari kelebihan selesa.

Sementara di kem Sri Pahang FC, ketua jurulatihnya, Bahazenan Osman, menegaskan pasukannya masih lagi memiliki 90 minit di tempat sendiri nanti.

Segala kemungkinan mampu berlaku di aksi final kedua yang dijadualkan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh 26 Ogos ini.