Pengendali Qatar, Felix Sanchez, menolak spekulasi bahawa beliau akan digantikan sebelum Piala Dunia 2022.

Kemenangan 3-1 ke atas Jepun semalam memastikan gelaran Piala Asia pertama sebagai persiapan menjadi tuan rumah Piala Dunia tiga tahun lagi.

Qatar turut mengambil bahagian dalam saingan Copa America tahun ini apabila dijemput menyertai saingan Amerika Selatan itu bersama-sama Jepun.

Ia telah dilaporkan bahawa Arsene Wenger menjadi sasaran untuk menggantikan Sanchez tetapi selepas menyaksikan sejarah yang tercipta, beliau tidak lagi bimbang mengenai masa depannya.

"Saya sangat berbangga menjadi jurulatih skuad Qatar," kata Sanchez. "Kami telah mencipta sejarah semalam. Saya hanya memikirkan mengenai kejayaan ini.

"Spekulasi mengenai siapa yang bakal menggantikan saya sentiasa ada tetapi kami hanya memberikan tumpuan kepada tugas dan mendapat sokongan penuh daripada Persatuan Bolasepak Qatar.

"Jadi, saya tidak bimbang mengenai Piala Dunia, ia akan berlaku pada 2022 dan anda tidak dapat tahu apa yang boleh berlaku dalam tempoh dua minggu ini."

Almoez Ali diangkat sebagai Pemain Paling Bernilai Piala Asia 2019 selepas menjaringkan sembilan gol -– termasuk sepakan gunting dalam aksi final -- serta mencatat rekod baru selaku penjaring terbanyak kejohanan.