VIETNAM 0 IRAN 2
Iran melangkah ke pusingan 16 selepas jaringan berganda Sardar Azmoun menyaksikan mereka menundukkan Vietnam 2-0 untuk meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam Kumpulan D, Piala Asia 2019, sebentar tadi.
Azmoun membuka jaringan di Stadium Al Nahyan, Abu Dhabi itu tujuh minit menuju rehat sebelum menambah gol kedua pada minit ke-69 untuk meletakkan Iran di landasan selesa.
Dengan pertemuan Iraq dan Yaman akan berlangsung kemudian, masih ada kemungkinan bahawa ketiga-tiga pasukan itu menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan enam mata -- dengan Iran mungkin tercicir di tangga ketiga.
Namun, selepas persembahan klinikal yang menyaksikan mereka membelasah Yaman 5-0 dalam perlawanan pembukaan, agak janggal memikirkan skuad yang diberi jolokan 'Pasukan Melli' itu masih berdepan laluan berliku.
Seperti yang dijangka, Iran menguasai permainan sebaik sepak mula dan tidak mengambil masa lama untuk memulakan ancaman.
Hantaran kemas Ashkan Dejagah mencipta ruang buat Saman Ghoddos tetapi penjaga gawang Vietnam, Dang Van Lam, bergegas untuk menghalang sebarang percubaan daripada pemain sayap kelab Perancis, Amiens SC, itu.
Vietnam, bagaimanapun, turut memberikan tentangan sengit yang menyaksikan ketua pasukan, Que Ngoc Hai, mematahkan beberapa percubaan terbaik lawan.
Malah, umpanan menarik oleh Nguyen Van Toan membolehkan Nguyen Cong Phuong melolosi pertahanan Iran tetapi penjaga gol, Alireza Beiranvand, bertindak cemerlang untuk menafikan peluang satu lawan satu itu.
Begitupun, Iran sentiasa mendominasi permainan dan menjamin kemenangan mereka, sembilan minit selepas sejam usia permainan apabila Azmoun mengutip hantaran Mehdi Torabi sebelum memperdayakan dua pertahanan untuk membuat penyudah klinikal ke sudut bawah gawang yang dikawal Van Lam.
Penulis Jemputan
Sat Jan 12 2019


'Excitement' as Pandya prepares to lead India after success as IPL skipper
Hardik Pandya has proven himself as a captain in the IPL and will now get the opportunity with India in Ireland.

Forest sign 15-goal former Liverpool forward Awoniyi in club-record deal
Taiwo Awoniyi spent six years at Liverpool without making a competitive appearance but is back in the Premier League with Nottingham Forest.

Paolo Banchero calls expectations of being top pick 'nothing I'm not used to'
New Orlando Magic forward Paolo Banchero has been viewed as a future NBA star since he was in high school, saying pressure is nothing new.

Charlotte Hornets re-hire former head coach Steve Clifford
After previously spending five seasons as head coach of the Charlotte Hornets, Steve Clifford will return for a second stint in charge.

South Korea's Chun In-gee holds dominant lead at Women's PGA Championship
After a stunning first round where she led by five strokes, Chun In-gee backed it up with a strong performance on Friday.

Xander Schauffele leads by five strokes after second round of Travelers Championship
Xander Schauffele is the heavy favourite to win the Travelers Championship after finishing Friday's second round five strokes clear.

Valverde set for Athletic Bilbao return after Uriarte wins presidential election
Athletic Bilbao have a new president, who has promised to appoint Ernesto Valverde as the club's new coach.

Canelo predicts KO against Golovkin in trilogy match
Even coming off a loss, Canelo Alvarez is fully confident heading into his third match against rival Gennady Golovkin.

England 'really have to improve' despite thrashing Netherlands, warns Wiegman
England scored four second-half goals to thrash the Netherlands 5-1 at Elland Road, but Sarina Wiegman identified room for improvement.

Tsitsipas reaches first grass-court final, Fritz and Cressy set up all-American Eastbourne showdown
Stefanos Tsitsipas will face Roberto Bautista Agut for the Mallorca Championships title, while two Americans will tussle in Eastbourne.