Piala Asia B-23: Mukhairi mohon doa dari rakyat Malaysia

Najmi Iman
April 16, 2024 15:06 MYT
Ketua pasukan skuad B-23 negara, Mukhairi Ajmal, memohon doa seluruh rakyat Malaysia menjelang aksi pembukaan Kumpulan D bertemu Uzbekistan esok di Stadium Antarabangsa Khalifa, Qatar.
Ini kerana pemain muda Selangor itu menyedari reputasi besar lawan berkenan yang merupakan juara edisi 2018 dan naib juara edisi 2020.
Dia berkata kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi: "Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk berharap dapat memberikan sokongan yang positif kepada semua pemain di sini.
"Saya juga ingin memohon doa khususnya dari keluarga tercinta agar kami dapat lakukan yang terbaik."

Kapten skuad B23 tahun negara, Mukhairi Ajmal mohon doa seluruh rakyat Malaysia menjelang aksi pembukaan Kumpulan D bertemu Uzbekistan esok. ?? Ayuh Malaysiaku ?? ? @ASTROARENA pic.twitter.com/ltcqLLMSZ2

— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) April 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malaysia diletakkan dalam saingan Kumpulan D dan akan bertemu Vietnam pada Sabtu ini sebelum menutup tirai pusingan awal itu dengan menentang Kuwait pada Selasa depan.
#bola sepak #Piala Asia B-23 #Mukhairi Ajmal #Harimau Muda