Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberikan jaminan bahawa fasiliti dan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sedia digunakan bagi dua perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF bermula 20 Disember ini.

SNBJ akan digunakan bagi perlawanan Harimau Malaya menentang Laos pada 24 Disember ini sebelum aksi terakhir peringkat Kumpulan B menentang Singapura pada 3 Januari depan.

Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Faidz Sanusi, berkata keadaan padang di stadium itu kini berada di tahap terbaik sepertimana yang dapat dilihat sewaktu perlawanan akhir Piala AFC di antara Kuala Lumpur City fC dan Al Seeb pada 22 Oktober lalu.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Azlani Adani, Faidz berkata: "Kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan setiap hari, ada juga yang mengikut jadual mingguan dan bulanan.

"Jadi, bagi perlawnan pada 24 Disember dan 1 Januari depan, Insya Allah, kami akan menyediakan padang yang berada di tahap sebaiknya."