Berikutan penarikan diri Singapura daripada sebarang penganjuran kempen peringkat kumpulan Piala AFC, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) terpaksa mencari penganjur baru dalam masa yang singkat.

Tiada hukuman akan dikenakan ke atas negara penganjur itu ekoran situasi ini berlaku atas dasar luar kawalan berikutan kekangan COVID-19.





"Kami akan buka semula tawaran kepada mana-mana negara yang ingin jadi tuan rumah mengikut kriteria yang ditetapkan.

"Kami juga perlu menetapkan tarikh baru kalau tidak dapat mencari tuan rumah baru dalam jadual asal.

"Ia mungkin mendorong kami untuk mengambil sedikit masa," kata Setiausaha Agung AFC, Windsor Paul.

Kumpulan H dan Kumpulan I yang dibarisi wakil negara, Terengganu dan Kedah, sepatutnya beraksi di negara Seberang Tambak itu pada hujung bulan ini hingga Julai depan.