Pemain sasaran Manchester United, Kalvin Phillips, akan sentiasa menjadi milik Leeds United, menurut ketua jurulatih, Marcelo Bielsa.

Phillips, yang hadir daripada akademi Leeds dan berkembang dengan cemerlang di bawah kendalian Bielsa, dilaporkan ingin berpindah keluar meninggalkan Elland Road selepas menampilkan aksi cemerlang dalam penampilan sulung saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dipanggil menyertai skuad England dalam saingan Euro 2020 meningkatkan lagi pujian terhadap pemain itu, menampilkan gandingan mantap bersama Declan Rice ketika skuad kendalian Gareth Southgate melangkah ke final buat kali pertama dalam tempoh 55 tahun.

Sememangnya, Phillips memperoleh semula kawalan permainan 45 kali, sementara tiga pemain melengkapkan lebih banyak hantaran (293) berbanding dirinya dalam pertandingan tersebut.

Dan Bielsa, yang mengubah pemain berusia 25 tahun itu menjadi pemain tengah bertahan di bawah bimbingannya, menyatakan betapa berharganya Phillips buat Leeds ketika laporan mengenai perpindahan ke Old Trafford mula hadir.

"Itu adalah pertanyaan yang perlu dijawab oleh Kalvin [Phillips]," kata Bielsa.

"Sudah tentu, dia pemain yang sangat berharga. Saya telah melihat tingkah laku yang sangat jarang saya lihat dalam diri seseorang pemain.

"Bagaimanapun, dia seorang pemain yang bermula di Leeds, pemain yang disanjung tinggi oleh setiap individu dalam pasukan ini.

"Inilah tempat dia dilahirkan dan berhak untuk kekal.

"Saya tidak dapat menghalang masa depannya, bagaimanapun, Kalvin sentiasa mengetahui di sini adalah tempat baginya buat selama-lamanya."