Persatuan Pemain Bolasepak Profesional (PFA) Malaysia membentuk barisan kepimpinan baharu bagi sesi 2017-2019 dengan Rezal Zambery Yahya dipilih sebagai presiden dalam Mesyuarat Agung Dua Tahunan Ke-2 di Olympic Sports Hotel, Kuala Lumpur, 25 November lalu.

Rezal Zambery melahirkan rasa terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menerajui kepimpinan PFA Malaysia yang disifatkannya sebuah organisasi yang kukuh.

"PFA Malaysia berjaya membentuk dan melantik ahli jawatankuasa bagi sesi 2017-2019 untuk meneruskan legasi PFAM yang sebelum ini kukuh dan kuat bagi melaksanakan amanah sebagaimana legasi yang ditinggalkan oleh jawatankuasa sebelum ini." jelasnya selepas mesyuarat exco pertama PFAM di Alor Setar, semalam.

Menurutnya, antara muka baru yang dipilih sebagai exco adalah Mohd Razman Roslan dan Baddrol Bakhtiar serta exco PFAM bagi sesi 2015-2017, Rudie Ramli, kini dipilih sebagai bendahari persatuan.

“Ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa terdahulu seperti Amirizdwan Taj Tajudin dan Khairul Fahmi Che Mat yang memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi demi membela nasib pemain bola sepak di negara kita,” tambahnya.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PFA SESI 2017-2019

PRESIDEN
Rezal Zambery Yahya

TIMBALAN PRESIDEN
Hairuddin Omar

SETIAUSAHA
Ahmad Fauzi Saari

BENDAHARI
Rudie Ramli

AHLI JAWATANKUASA
Mohd Fairuz Abdul Aziz
Shahrom Kalam
Mohd Razman Roslan
Baddrol Bakhtiar