Pertembungan LaLiga di antara Real Madrid dan Celta Vigo di Balaidos ditunda kerana cuaca buruk yang melanda daerah itu.

Perlawanan tersebut terpaksa dibatalkan gara-gara sebahagian daripada struktur bumbung Stadium Balaidos musnah ditiup angin kencang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan LaLiga: "Laporan dari bandar Vigo mendapati Stadium Balaidos dianggap tidak selamat untuk penyokong dan pemain Celta Vigo dan Real Madrid."

Tarikh baru bagi aksi itu masih belum ditentukan.

Aksi di antara Deportivo La Coruna dan Real Betis di Riazor turut ditunda kerana kerosakan sama berlaku disebabkan ribut taufan yang melanda dari Lautan Atlatntik.

Kawasan barat laut Sepanyol telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga oleh agensi meteorologi negara itu (AEMET) minggu ini dengan beberapa penerbangan keluar dan masuk turut dibatalkan sebab angin kencang dan ribut.