Walaupun mendominasi permainan sepanjang perlawanan ia nampak begitu sukar Manchester United untuk menundukkan Southampton di Stadium St. Mary’s, malam tadi.

Setiap percubaan yang dilakukan anak didik Erik Ten Hag dalam misi memburu tiga mata Liga Perdana Inggeris (EPL) disekat oleh pemain-pemain The Saints sehinggalah ketua pasukan The Red Devils, Beruno Fernandes, melakukan jaringan dalam separuh masa kedua setelah menerima hantaran lintang daripada Diogo Dalot dan ia juga berpunca daripada gerakan berpasukan menarik yang dipamerkan pemain-pemain.





Menerusi formasi 4-2-3-1 yang digunakan Ten Hag, ia banyak memberi kelebihan pelawat ketika bertahan khususnya.

Ia boleh dilihat ketika Man United menghadapi tekanan bertali arus daripada anak didik Ralph Hasenhultt terutama dalam separuh masa kedua.

Komunikasi dan persefahaman yang baik serta kerja berpasukan amat baik sekali daripada pemain-pemain Man United. Kemampuan itu membantu mereka mengekalkan taktikal disiplin yang baik apabila setiap pemain dapat mengekang pemain lawan di zon bertahan.




Lihat sahajq bagaimana Raphael Varane dan Lisandro Martinez yang memainkan peranan di bahagian pertahanan tengah dengan baik hingga menyukarkan pihak lawan untuk menembusi pintu gol Man United.

Selain itu, rakan-rakan di bahagian tengah juga sentiasa menggekalkan formasi serta persefahaman yang baik dengan bahagian pertahanan. Kerjasama ini amat terselah sekali apabila Scott McTominay dan Christian Eriksen sentiasa membantu bahagian pertahan dalam menyekat percubaan lawan.

Intipati itulah yang membuatkan The Red Devils berjaya menggekalkan momentum kemenangan dan sudah tentu ini akan meningkatkan keyakinan pemain-pemain untuk terus beraksi dengan cemerlang.

Namun, Ten Hag perlu juga memberi perhatian di bahagian penyerang mereka agar lebih tajam di hadapan pintu gol lawan kerana bahagian itu tampak masih kurang tajam berbanding dengan seteru seperti Liverpool,Manchester City dan Chelsea kerana setakat ini, mereka hanya menyumbat empat gol daripada empat perlawanan setakat ini.