Mauricio Pochettino berkata persiapan amat penting bagi mengelak daripada sebarang kekecewaan musim 2020-21 berulang di Paris Saint-Germain.

Selepas dilantik Januari lalu, bekas ketua jurulatih Southampton dan Tottenham mengalami kekecewaan di Paris apabila tersingkir daripada separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) dan menamatkan saingan di tempat kedua Ligue 1 di belakang Lille.

Tempat kedua itu menamatkan tiga kejuaraan berturut-turut PSG dan Pochettino menyedari pembetulan diperlukan jika mereka mahu selangkah lebih baik dalam musim 2021-22.

Jendela perpindahan yang ampuh telah dimulakan oleh gergasi Perancis itu, apabila mendapatkan khidmat Sergio Ramos dan Achraf Hakimi termasuk wira Itali dalam Euro 2020, Gianluigi Donnarumma.

Tetapi Pochettino menegaskan tempoh pramusim penting kepada PSG jika mereka mahu mendapatkan semula gelaran Ligue 1 dan meraih peluang dalam saingan UCL.

"Pemain lain akan menyertai dengan kami nanti, mungkin mereka tidak akan tampil dalam pertandingan kompetitif pertama musim ini, sehingga mereka juga dapat mempersiapkan diri dengan sebaik mungkin", kata Pochettino.

"Ini penting agar, sepanjang musim ini, mereka berasa segar dan kuat dan apa yang terjadi musim lalu tidak akan berulang."