Kemenangan 3-0 ke atas Kuala Lumpur dalam aksi Liga Super di Ipoh semalam dilihat persembahan terbaik Perak.

"Semalam pemain sungguh menakjubkan. Pelan taktikal dan tindak balas pemain berjalan lancar. Ia memang persembahan terbaik di hadapan peminat Perak," ujar pengendali Perak, Mehmet Durakovic.

Menyentuh tentang peluang menyaingi kedudukan liga, ketua jurulatih Perak itu masih berasakan tempoh liga masih lagi jauh dan apa jua kemungkinan boleh berlaku.

"Liga masih panjang lagi. Lagipun, saya tidak memikirkannya sangat. Apa yang difokus ialah kemenangan dalam setiap perlawanan.

"Buat masa ini, saya gembira dengan situasi sekarang," katanya.

Gol-gol Perak dijaringkan oleh trio import Brazil, Leandro Dos Santos (sepakan penalti), Wander Luiz dan larian solo Gilmar Da Silva.