Persembahan Messi-Aguero jadi keutamaan Sampaoli

Penulis Jemputan
November 11, 2017 23:43 MYT
Jorge Sampaoli menyifatkan hubungan di antara Sergio Aguero dan Lionel Messi di atas padang merupakan kunci kejayaan Argentina meraih kemenangan 1-0 ke atas Russia.
Aguero membuat penampilan pertama bersama Argentina sejak Sampaoli mengambil alih tugas Edgardo Bauza dan mengambil kesempatan itu untuk menamatkan kemarau gol di pentas antarabangsa selepas kali terakhir meledak gol pada Jun 2016.
Messi, yang beraksi di belakang Aguero, melakukan hantaran kepada Cristian Pavon sebelum penyerang Boca Juniors itu berjaya menemui Aguero bagi meledak gol tunggal perlawanan.

AGUERO! Argentina winning now 1-0. pic.twitter.com/YsIHr6BTby

— FUT Lites (@FUT_Lites) November 11, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ia merupakan apa yang kami cari sebelum ini," kata Sampaoli.
"Gerakan yang dilakukan oleh beberapa pemain, saya amat berpuas hati dengan Aguero dan Messi," katanya.
Aguero melintasi Hernan Crespo di tempat ketiga dalam senarai penjaring terbanyak Argentina (35 gol) dan Sampaoli mengharapkan penyerang Manchester City itu dapat meneruskan momentumnya dalam perlawanan akan datang.
"Dia membaca perlawanan ini dengan baik. Dia berada pada tahap terbaik dan berjaya menjaringkan gol," katanya.

How underrated is Aguero? 3rd best goal scorer in Argentina history and he has done it in fewer games than Higuain, Maradona and Crespo. pic.twitter.com/8OoKcqSiix

— Guardiolista (@BlueCitizen007) November 11, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.