BELANDA 2 SCOTLAND 2

Memphis Depay membuktikan kepentingannya dalam skuad Belanda menerusi jaringan bergandanya untuk pasukan Frank de Boer itu bangkit mengikat Scotland 2-2 dalam aksi persahabatan awal pagi tadi.

Jaringan peringkat antarabangsa Kevin Nibset membawa Scotland -- yang turun tanpa tujuh pemain berikutan jangkitak koronavirus -- ke landasan tepat untuk memperoleh kemenangan pertama ke atas Belanda sejak November 2003 sebelum Depay melakukan sepakan percuma lencong bagi menyamakan kedudukan.

Penyerang berpengaruh Belanda itu sebelumnya turut memadamkan jaringan jarak jauh Jack Hendry untuk kedua-dua pasukan itu, yang sedang mempersiapkan diri bagi Euro 2020 pertengahan bulan ini, terikat selepas 90 minit di Faro.

Hendry memecahkan kebuntuan dengan penuh gemilang pada minit ke-11 apabila pertahanan tengah itu melepaskan rembatan kaki kanan rendah dari luar kawasan penalti bagi menghukum kelalaian pertahanan Belanda.

Bagaimanapun, selepas percubaan Lyndon Dykes dinafikan penjaga gol, Tim Krul, Belanda mula memberikan respons dengan cara tersendiri.

Menerusi satu hantaran jauh, Georginio Wijnaldum menanduk bola ke arah rakan sepasukannya, Depay, yang kemudian melepaskan voli kaki kiri bagi menewaskan Craig Gordon.

Wijnaldum, bagaimanapun, tidak banyak meberikan sumbangan selepas itu dan De Boer memillih untuk mengeluarkan ketua pasukannya itu di samping seorang lagi pemain tengah, Frenkie de Jong.

Kedua-dua pasukan merombak pasukan masing-masing dalam babak kedua dan Scotland turut memasukkan Nisbet.

Penyerang itu tidak menunggu lama untuk memberikan impak segera dengan mempamerkan sentuhan pemusnahnya selepas menerima hantaran lintang Andy Robertson dari sebelah kiri.

Gordon menafikan percubaan Patrick van Aanholt untuk mempertahankan kelebihan tipis Scotland tetapi tiada apa yang dapat dilakukan penjaga gol itu ketika Depay menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-89.