BELANDA 3 GEORGIA 0

Memphis Depay menghasilkan satu gol dan satu bantuan jaringan menerusi satu lagi aksi dominannnya ketika Belanda menewaskan Georgia 3-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa menjelang Euro 2020 awal pagi tadi.

Penyerang Lyon itu menjaringkan kedua-dua gol ketika membantu pasukannya bangkit mengikat Scotland dalam perlawanan terdahulu dan dia masih memainkan peranan utama dalam perlawanan kali ini, seminggu sebelum The Oranje memulakan kempen Kejohanan Eropah dengan menantikan kunjungan Ukraine.

Sumbangan pertama Depay hadir menerusi gol sepakan penalti pada minit ke-10 sebelum dia melakukan lorongan gemilang bagi membantu Wout Weghorst memperoleh jaringan pertamanya di peringkat antarabangsa dalam babak kedua.

Ryan Gravenbarch kemudian melengkapkan kemenangan 3-0 Belanda pada minit ke-76 dengan menanduk masuk bola muntah susulan percubaan jarak jauh Depay.

Belanda seterusnya akan memulakan kempen Euro 2020 dengan bertemu Ukraine di Amsterdam hujung minggu depan.