Perpindahan Kylian Mbappe ke Paris Saint-Germain bakal membawa kebaikan kepada Ligue 1, kata bekas pengurus Leicester City, Claudio Ranieri.

Mbappe, 18 tahun, dilaporkan bakal membuat perpindahan mengejut ke PSG, yang telah pun mendapatkan Neymar dengan pembelian mencecah GBP200 juta (RM1.1 bilion) sebelum ini.

Tatkala pembelian Mbappe bakal menjadi PSG pasukan pilihan untuk menjuarai liga, Ranieri berkata perpindahan tersebut akan menyuntik kesan positif kepada liga.

"Ianya bagus. Barulah liga mereka berkembang. PSG juga akan berkembang," kata Ranieri.

"Fokus utama adalah cuba untuk menjuarai Liga Juara-Juara Eropah. Ini perkara normal."

PSG telah pun menjuarai Ligue 1 empat kali berturut-turut sebelum AS Monaco merampas kejuaraan itu musim lalu.

Ranieri turut mengakui berkemungkinan besar, kejuaraan tahun ini bakal kembali menjadi milik PSG>

"Paris akan menang dengan 90 peratus kemungkinan," tambahnya.