Inter telah mengesahkan bahawa pemain sayap Croatia, Ivan Perisic, telah melanjutkan kontraknya untuk kekal bersama pasukan sehingga 2022.

Perisic merupakan antara sasaran utama Jose Mourinho untuk dibawa ke Old Trafford, namun mereka gagal untuk mendapatkan persetujuan.

Pemain berusia 28 tahun itu, yang telah menyertai Inter dari Wolfsburg pada 2015, mempamerkan aksi cemerlang pada musim pertamanya dan di sebalik spekulasi mengenai masa depannya, dia berjaya meledak satu gol dan menghasilkan tiga bantuan jaringan bagi meraih dua kemenangan dalam saingan Serie A.

Ketua jurulatih Inter, Luciano Spalletti, memuji sikap Perisic selepas kelab menegaskan dia tidak dibenarkan meninggalkan Itali.

"Kami telah berbincang dengan Perisic mengenai masa depannya dan berjaya memastikan dia tidak berhijrah dari kelab ini," kata Spalleti.

"Dia seorang atlet yang profesional, dia adalah seorang pemain bola sepak yang mendahulukan pasukannya."