Pereira mahu bukti kebolehan sebenar di United

Penulis Jemputan
Ogos 4, 2017 23:48 MYT
Andreas Pereira terdesak untuk mencipta peluang di Manchester United selepas dipinjamkan ke Granada, musim lalu.
Pemain kelahiran Belgium-Brazil itu, yang mengharungi musim lalu bersama Granada dalam saingan LaLiga, kini kembali bersama The Red Devils dan menyerlah dalam saingan pra-musim.

Andreas Pereira giving 4 Real Madrid players a good run for their money ? pic.twitter.com/Sp07cPOJ7O

— Man Utd Channel (@ManUtdChannel) July 24, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pereira bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama sejak membuat penampilan senior buat United pada musim 2014-15.
Selepas menjaringkan lima gol dalam saingan LaLiga, pemain tengah itu sudah bersedia untuk membuktikan kebolehannya kepada pengurus pasukan, Jose Mourinho.
"Saya mahu membuktikan kepada semua kebolehan yang saya miliki. Saya mahu terus mempertingkatkan perkembangan saya dan mencari jalan untuk beraksi dalam kesebelatan utama.
"Saya memiliki pengalaman beraksi di Sepanyol. Ia satu pengalaman yang berbeza daripada United, beraksi dalam keadaan yang tertekan di mana penyokong tidak gembira dengan kedudukan kami di dalam liga.
"Menyertai Granada memberikan saya lebih masa beraksi. Saya memerlukannya untuk mencari rentak beraksi pada setiap minggu, keinginannya ke sana adalah untuk mempertingkatkan mutu permainan saya."
#Manchester United #EPL #LaLiga #Andres Pereira #Granda