Jack Grealish memiliki perasaan yang sama seperti Lionel Messi yang menangis ketika mengumumkan untuk meninggalkan Barcelona ketika dia beralih dari Aston Villa ke Manchester City.

Grealish menyertai City dengan perpindahan termahal Britain, GBP100 juta Khamis lalu, juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengaktifkan klausa perpindahan untuk membawanya ke Stadium Etihad.

Pengesahan perpindahan Grealish hadir pada hari sama Barcelona mengumumkan mereka tidak akan menandatangani kontrak baru untuk Messi ekoran sekatan 'struktur dan kewangan'.

Messi, yang dilaporkan secara meluas hampir mencapai kesepakatan untuk menyertai Paris Saint-Germain, mengadakan sidang akhbar yang penuh beremosi Ahad lalu ketika dia mengesahkan berakhirnya 21 tahun kerjasama dengan Barcelona, dengan bintang Argentina itu menangis di atas pentas sebelum dan selepas memberikan ucapan.

Grealish telah berada di Villa sejak berusia enam tahun dan memberitahu wartawan semalam bahawa dia sangat memafahami situasi Messi.



"Semua orang telah melihat bagaimana Messi berada pada sidang media terakhirnya," kata Grealish.

"Itulah juga persaan yang sama saya hadapi apabila meninggalkan Villa.

"Sebelum saya meninggalkan hotel, saya bercakap dengan pasukan, kakitangan dan pemain, dan saya mengalirkan air mata."

"Saya berasakan sudah tiba masanya untuk saya terus maju ke hadapan," tambah Grealish.

"Saya sentiasa berkata mahu bermain dalam Liga Juara-Juara -- saya tidak mampu melakukannya bersama Villa tahun ini.

"Saya datang untuk meraih gelaran dan bermain di Eropah. Jadi itulah fokus saya."