KAZAKHSTAN 0 PERANCIS 2

Kylian Mbappe terlepas jaringan penalti dalam separuh masa kedua namun perubahan permainan Perancis cukup untuk memastikan kemenangan 2-0 ke atas Kazakhstan dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022.


Les Bleus dihukum kerana sentuhan penyudah mengecewakan dalam aksi pembukaan Kumpulan bertemu Ukraine Khamis lalu, membenarkan lawan -- yang gagal melakukan percubaan tepat ke sasaran sepanjang perlawanan -- seri 1-1 ikhsan jaringan sendiri Presnel Kimpembe.

Bagaimanapun, tiada kesilapan berulang semalam selepas juara dunia itu meraih kemenangan pertama dalam aksi Kumpulan D dalam aksi kedua.

Ousmane Dembele membenarkan pelawat mendahului pada minit ke-19 di Astana, menerima hantaran daripada Anthony Martial sebelum melepaskan rembatan mengatasi
Alexandr Mokin.


Kazakhstan bertahan sebaik mungkin baki separuh masa pertama sehinggalah malang menemui mereka, Perancis menggandakan jaringan menerusi jaringan sendiri Serhiy Malyi.

Pemain gantian, Mbappe, menawarkan ancaman dalam separuh masa kedua, mendapatkan sepakan penalti selepas dijatuhkan Nuraly Alip.

Bagaimanapun, bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu gagal melunas peluang, Mokin menjangka gerakan bola sebelum menepis rembatan Mbappe.