Perak pastikan Kuala Lumpur tersingkir
Julai 21, 2019 15:22 MYT
PERAK 2 KUALA LUMPUR 1
Raianderson Da Costa Morais atau Careca menyumbang kedua-dua gol tuan rumah pada minit ke-31 dan 67 bagi membantu Perak naik satu anak tangga ke kedudukan kelima Liga Super 2019.
Malah, pemain itu sepatutnya menjaringkan beberapa gol lagi jika lebih tajam memanfaatkan peluang yang diperoleh.
J. Partiban juga mensia-siakan peluang keemasan untuk The Bos Gaurus mencetak kemenangan lebih besar.
Kuala Lumpur yang tampil dengan hasrat mengutip mata penuh bagi mengelak tersingkir, tidak dapat berbuat apa-apa.
Bagi kesungguhan mereka, pasukan itu mendapat gol sagu hati yang disumbang oleh
Mehmet Durakovic mengambil tindakan berani dengan menurunkan barisan utamanya dalam perlawanan terakhir mereka itu biarpun Perak akan beraksi dalam final Piala FA, Sabtu ini.