Nasir Basarudin menyifakan Perak makin serasi apabila berjaya menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) 2-1 dalam aksi Liga Super di Ipoh sebentar tadi.

Oleh itu beliau mengharapkan rakan-rakannya berjaya mengekalkan momentum ini apabila bertemu Felda United 25 Februari ini.

Kata Nasir, "Bila tewas kepada PKNS dalam perlawanan lalu, kami kaji balik perlawanan dan mengenalpasti apa yang silap . Kami menterjemahkannya malam ini.

Bila ditanya gandingannya bersama Hafiz Kamal, Nasir berkata "ya, saya semakin selesa.

Sementara itu rakan sepasukan Mohd Shahrom Kalam yakin kemenangan malam ini atas disiplin tinggi yang dipamerkan oleh pasukannya.

"Kami bermain dengan yakin malam ini. Kelebihan Perak ialah kami mempunyai pemain yang boleh bermain di pelbagai posisi" ujar Shahrom.

Ini adalah perlawanan ketujuh Perak dan JDT di Stadium Perak sejak 2013.