Perak gagal menggunakan peluang beraksi di laman sendiri untuk mengatasi pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila seri 2-2 di Stadium Perak, Ipoh, sebentar tadi.

Permulaan tempo separuh masa pertama yang agak perlahan menyaksikan kedua-dua pasukan bersifat berhati-hati dalam merencanakan serangan.

Jaringan pertama Perak berjaya terhasil menerusi Guilherme de Paula yang menyumbat pasukan hantaran Izzudin Roslan menewaskan penjaga gol JDT, Farizal Marlias.

JDT mengasak mencari jaringan penyamaan namun separuh masa pertama berakhir dengan 1-0.

Usaha skuad kendalian Benjamin Mora mendapatkan jaringan membuka peluang buat Perak melakukan serangan apabila De Paula sekali lagi menemui ruang untuk melepaskan rembatan daripada luar kotak penalti untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Akhyar Rashid mencetus inspirasi JDT untuk mengejar permainan apabila mengurangkan defisit jaringna pada minit ke-74 sebelum Leandro berjaya mengikat jaringan dalam masa kecederaan menerusi sepakan penalti.

Keputusan lain:

SABAH 2 TERENGGANU 1

PJ CITY 1 SRI PAHANG 0