Pasukan tuan rumah, The Bos Gaurus, yakin dapat menjinakkan T-Team dalam aksi Liga Super di Ipoh, esok.

Menurut ketua jurulatih, Mehmet Durakovic, pemain kini lebih bersemangat untuk beraksi setelah berehat hampir sebulan.

"Ini permulaan yang sihat. Semua pemain berada dalam kondisi terbaik.

"Pasti Sabtu ini, kesebelasan utama akan diturunkan menentang T-Team," katanya.

Mencongak rutin Liga Super, Mehmet berkata, "Selain Johor Darul Ta'zim (JDT), Kedah dan Pahang yang berada dalam kelas tersendiri, pasukan lain di dalam Liga Super tampak seimbang.

"Oleh itu, saya menyarankan kepada pemain-pemain supaya tidak hilang fokus dan elak melakukan kesalahan mudah jika mahu menang".

"Hujan atau tidak pada malam itu saya tidak kisah. Cuma jika padang kering, peminat pasti terhibur dengan persembahan kedua-dua pasukan", ujarnya lagi.