The Bos Gaurus menewaskan PKNS FC 2-0 dalam aksi Liga Super di Ipoh semalam namun kekal di tangga keenam liga dengan 30 mata.

Namun, ia disifatkan sebagai satu pencapaian yang baik sebelum liga bercuti sempena memberi laluan kepada Sukan Sea Ogos ini.

Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic menjelaskan, "Perlawanan malam ini tidak mudah kerana PKNS satu pasukan yang bagus.

Namun jelas, kerja keras berpasukan membolehkan kami menguasai perlawanan dan memberi tekanan kepada pasukan lawan. Oleh itu kami berhak mendapat tiga mata", ujarnya.

Menyentuh sumbangan Nazrin Nawi yang terlibat dalam mencipta kedua-dua Perak, Mehmet berkata. "Nazrin kembali ke prestasi terbaiknya.

Itu mungkin salah satu sebab dihidu untuk menyertai pasukan kebangsaan.

Bukan Nazrin sahaja, semua pemain Perak yang dipanggil Nelo Vingada menunjukkan prestasi yang memikat saya malam ini.

Sebagai jurulatih saya gembira dengan disiplin yang ditunjukkan".

Ketua pasukan Perak, Shahrom Kalam mengakui hanya kemenangan dapat mengembalikan Perak ke landasan tepat memperbaiki kedudukan dalam carta liga.

Apabila ditanya mengenai pretasinya kebelakangan ini, Shahrom, jelas tidak mahu memikirkannya.

Katanya, "perkata itu, saya kena balas dengan persembahan yang bagus. Saya pasti kelemahan saya yang lalu, saya kena perbaikinya untuk masa depan", ujarnya.