Apabila tidak berjaya mengutip mata penuh dalam dua perlawanan yang diharungi Melaka United itu ia telah menampakkan sedikit ketumpulan di bahagian penyudah oleh anak didik Risto Vidakovic.

Walaupun mempunyai penjaring terbanyak musim lalu ketika bersama Selangor, Ifedayo Olusegun, namun dia masih lagi gagal untuk melakukan penyudah dengan baik. Ini perlu dilakukan sesuatu oleh Vidacovic sebelum berhadapan perlawanan seterusnya.

Sekirannya melihat dari dua perlawanan yang dilalui skuad Sang Kancil itu ia mampu memberi saingan dan memberi tekanan pada lawan serta berjaya melakukan gerak-gerakkan yang mampu menghasilkan gol. Namun sayangnya penyerang mereka masih lagi tidak dapat menterjemahkannya pada jaringan. Itulah kelemahan yang ketara ketika ini dari Sang Kancil. Apa yang perlu dilakukan oleh pemain-pemain Melaka mereka perlu tingkatkan keyakinan diri serta perlu bijak dalam membuat keputusan tepat.

Jikalau diperhatikan juga gandingan di antara pemain-pemain import dan tempatan Sang Kancil itu masih lagi tidak menunjukkan keserasian dan persefahaman yang baik. Keserasian ini perlu ditingkatkan terutama di bahagian midfield dan penyerang. Sementara itu juga Ifedayo, Sony Norde dan Adriano perlu menunjukkan keinginan yang tinggi memburu jaringan. Mereka harus mempamirkan kualiti mereka sebagai pemain import yang berkualiti tinggi supaya dapat membantu Sang Kancil memburu kemenangan. Mereka juga perlu menunjukkan sikap yang lebih positif di atas padang di mana mereka perlu lebih lebih kreatif dalam menyusun gerakkan dan perlu rajin berlari untuk membuka ruang bagi memudahkan rakan-rakannya melakukan hantaran.

Jika masalah penyudah ini dapat diselesaikan dengan segera ia sudah tentu dapat membantu pemain-pemain Melaka United keluar dari tekanan diri sendiri. Sudah pasti dengan masalah yang mereka hadapi ketika ini ia akan mengganggu emosi mereka kerana tahun ini harapan yang diberikan oleh pengurusan dan penyokong-penyokong Sang Kancil itu amat tinggi setelah perubahan dilakukan musim ini. Tidak ada yang mustahil sekiranya pemain-pemain Melaka United yakin dengan kemampuan diri dan terus bekerja sama serta berusaha dalam memburu impian mereka dan penyokong mereka.