Cristiano Ronaldo berkata penyokong Manchester United 'berhak mendapat yang lebih baik' selepas diaibkan Liverpool 5-0 di tangan Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ia merupakan hari yang perlu dilupakan Ronaldo dan United, yang dimalukan Liverpool di Old Trafford, di mana Red Devils ketinggalan empat jaringan dalam separuh masa pertama buat pertama kali dalam saingan EPL sebelum pemain gantian Paul Pogba diarah keluar padang.

Mohamed Salah meledak hatrik ketika United tewas dengan jurang lima jaringan atau lebih di laman sendiri tanpa menjaringkan sebarang gol buat pertama kali sejak tewas 5-0 kepada Manchester City pada 1955.

Ronaldo, yang kecewa sepanjang permainan, menggunakan media sosial untuk bertindak balas terhadap keputusan yang mengecewakan di Manchester.


"Kadang-kadang hasilnya bukan yang kami perjuangkan. Kadang-kadang jaringan tidak menyebelahi kami," kata Ronaldo menerusi Instagram.

"Dan ini terletak pada kami, hanya pada kami, kerana tidak ada orang lain yang perlu dipersalahkan.

"Peminat kami, sekali lagi, mengagumkan dalam sokongan berterusan mereka. Mereka berhak mendapat yang lebih baik daripada ini, jauh lebih baik, dan terpulang kepada kami untuk menyampaikannya.

"Masanya sekarang!"