Penjaga gol hantaran paling lemah jaring gol terjauh

Shaiful Shamsudin
Januari 21, 2021 23:15 MYT
Penjaga gol Newport County, Tom King, secara rasminya mencipta rekod baru dunia untuk gol terjauh yang pernah dicatatkan.
Ketika terikat 1-1 dengan Cheltenham Town dalam kempen Liga Dua kelmarin, King menyepak bola dari kotak penalti sendiri dan bola melambung dengan bantuan angin sebelum menembusi gawang yang dikawal Joshua Griffiths.
King melakukannya dari jarak 96.01 meter, sekali gus diangkat sebagai gol terjauh yang pernah diukur dalam kejohanan kompetitif berdasarkan Guinness World Records.
Catatan sebelum ini milik penjaga gol, Asmir Begovic, yang beraksi untuk Stoke City, apabila meledak jaringan dari jarak 91.9m ketika menentang Southampton dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2 November 2013 .
Ditandatangani daripada Millwall pada 2019, King telah membuat 34 penampilan bersama pasukan Liga Dua itu dengan tiga daripadanya hadir pada tahun ini.
Menariknya, ketika waktunya di Newport, dia berada di tangga ke-15 -- kedudukan paling lemah -- dalam kalangan semua penjaga gol divisyen itu daripada segi ketepatan iaitu 36 peratus.

Congratulations to @NewportCounty goalie Tom King who has set a new record for the longest football goal at 96.01 metres!@EFL

— Guinness World Records 2021 Out Now (@GWR) January 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Newport County #Guinness World Records #Tom King